Monday 22 August 2011

Kejutan Pada Hari Lahir

ASSALAMUALAIKUM

Selalu x anda dapat surprise on ur birthday or any other special occasion by him? Kalau x selalu pon, i bet ramai yang pernah dapat kan? Aku?? Ermmm..jap nak kene ingat dulu. Masa belum kawen pernah kot tapi bukan dari husband aku. Aku kenal ngan husband aku pon dah lepas birthday aku, dan kitorng kawen sebelum birthday aku next year tu. Actually kitorang kenal x sampai setahun pon da kawen. Jodoh kan.. 

Lepas kawen pon, aku kene bagi hint bertubi2 kat husband aku nak sampaikan bahawa hari tu adalah birthday aku sebab dia bukan jenis pengingat birthday orang. sedeh~.

So, ini la yang jadi masa mule2 aku kapel ngan husband aku dulu....


korang ade dapat macam aku?? nan hado kan?? aku sorang je dapt camni taw..



 Haaa..romantik tak laki aku..hehehe.. Da kawen, lain pulak ceritanya.. Cerita banyak pon x gune, layan gambar je laa eh...

laki/ boyfie korang penah wat camni? x de kan.. aku je spesel dapat laki macam ni..jgn jeles taw. 



Bile pikir2 balik, ade baiknye jugak husband aku wat camni. At least, aku bley pilih kek mane yg aku suka (ayat kaver x bley blah). Tu baru sikit. Nak lagi?? Ni ha pon pada hari kejadian yang sama.


kalau korang nak describe macam mane?


 Apa2 pon, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ade sekarang. Walaupon husband aku kurang sikit dari segi suprise-menyeprise kan orang ni, tapi, dia suka sergah aku (surprise la jugak tu kan?).. 

Ade sekali tu mase 1st anniversary kitorang, aku wat nasik ayam..Kire spesel la tu sebab aku pertama kali wat kot. Then, dia balik keje, kitorang makan. Dia x de cakap apa pon pasal kitorang punye anniversary tu. Apa dia x perasan ke isteri dia yang cantek ni masak spesel hari tu? Ingat senang aku nak masak spesel2 macam tu hari2 biasa? 

Yang dia cakap, "Yang, nasik ni kenapa macam jelantah sket?", kalu korang kat tempat aku, korang wat ape. Aku rase cam nak hentak2 kepala kat bantal sambil tumbuk2 lantai.. 

And guess what, seminggu lepas tu, dalam kereta, baru dia tanya aku, "Eh, kite punye anniversary bile eh?", aku reply, "yang ayang wat nasik ayam sampai kene kutuk tu ape mende?", die,"ooo...da lepas rupenye..hehe..sori laa yang..abang bab ingat2 tarikh ni memang fail sket.." *sigh~

Actually, benda ni tak berapa penting pon (kadang2 penting jugak) sebab pada aku cukup lah segala apa yang dia berikan selama ni dan apa yang dia telah buat pada aku. 

Kalau selalu sangat mintak surprise, takut dia jemu plak.. Sebab ko da kawen dengan laki pilihan ko kan, dont be demanding sangat laa..hehe..

Semalam birthday aku. Aku memang da x kesah kalau suami aku x bagi apa2. Cuma kali ni dia berusaha lebih untuk mengingat birthday aku. So, dia wish in advance, sehari seblum birthday aku. Dia cakap takut lupa lagi.. So sweet..

P/S: sori laa lukisan aku macam ape je aku tengok. Aku x amek klas pendidikan seni masa skolah menengah dulu.. Dialog tu aku ubah sket dari actual sbb aku da x bape ingat ape yang kitorang cakap.. heh~


Saturday 20 August 2011

Tragedi Puasa ke-20

ASSALAMUALAIKUM

Sedar tak sedar, kita da masuk hari ke-20 puasa ye dak.. Dulu masa kecik2 punya laa rasa macam bertahun2 nak tunggu raya. Sekarang ni, pejam celik je, da nak raya. So, da beli kelengkapan raya? biskut bape balang? Kerepek bape kilo? Kek lapis, kek ceklat da tempah brape bijik? Baju kaler ape, sedondon ke? Kasut? aishh...kalau nak list satu2 kat sini, memang x terlist laa.. Aku plak, kitorang sambut sederhana je.. Ye la, dari membazir tak tentu arah kan. Beli kuih berbalang2 pastu tak abeh, jadi stok raya haji plak. Itu pon tak abeh jugak. End up, tong sampah jugak yang merasa makan kuih raya free.

Aku ingat mase kecik2 dulu masa time nak raya. Kitorang duduk kat Muadam Shah kat Pahang dulu2. Masa tu Muadzam hanyalah bandar kecik yang wujud sekitar 80an x silap. So, kebanyakan penduduk kat situ rata2nya muda2 baru ada family sendiri termasuklah umi n walid. Jadi, aku rasa, x de sape kot yang ade kampung kat situ. Jadi, sehari sebelum raya tu, memang da kosong tempat tu.

Oleh sebab bandar tu kecik, kitorang pegi Segamat lah kalau nak cari baju n kasut raya. Bukan ape, kat situ banyak sikit pilihan. Adik-beradik aku ramai, jadi kami merasa sorang selai baju raye. Alhamdulillah, dr x de kan. Kecuali walid ada bajet labih, dia akan belikan lebih sikit untuk anak2 dia yang 8 orang ni. Pasal kuih raya pulak? Kitorang x penah buat, beli pon x. Pasal ape, aku pon tak tahu. Kalau lemang pon kitorang beli je. Rendang pon dah sampai umah nenek baru umi masak. Jadi, aku memang tak pernah tengok live cara orang wat lemang ngan ketupat. Bila da kawen, baru aku dapat tengok dan rase pengalaman wat lemang ngan ketupat pasal nye, kampung laki aku memang trend diorang wat sendiri. seronok rupanya wat lemang ngan ketupat sendiri kan? Raya kali ni pon aku ngan ipar-duai aku da pakat2 nak wat lemang n ketupat sendiri. Baru ada feeelll..hehehe.

Eh, da lari tajuk ni..Tadi nak cerita tragedi puasa ke-20. Macam ni... Tadi, pas solat subuh, aku tidur jap. Lepas tu Abuzar bangun mintak air milo, aku buatkan. Tengah2 dia minum, tibe2 dia berdiri. Aku suruh la dia duduk semula pasal tengah minum kan. Masa tu die minum kat dapur. Then, tiba2 aku dengar macam air yang deras mengalir. Tengok2 air tu warna kuning semacam je. Aku dah syak..Memang x boleh disangkal dek akal bahawa Abuzar kencing..aduyai..satu hal plak kene bersihkan. Nasib baik la kat dapur bleh erus basuh sebab kat situ ade lubang air. 

Tengah aku ralit basuh tu, aku nampak Talhah dengan senyuman kekalnya..Ya, aku tahu bahawa makhluk comel itu sedang melepas. So, aku biarkan la pasal die duduk kat sebelah gate yang memisahkan ruang tamu ngan dapur. Selesai aku basuh kencing Abuzar, aku masuk dalam. Dari dapur, aku ternampak macam ada kuah rendang je yang tumpah dekat dengan Talhah. Eh, bila masa aku wat rendang? Hatiku mulai menaruh syak wasangka terhadap 'kuah' tersebut. Aku datang dekat, huhhh, tu dia taik sikit punye banyak laaaaaaa... Siap Talhah da gosok2 atas lantai. Rupa2nya, pampers dia da penuh. padanla bersepai taik beliau.. Bertuah laa budak kecik tu. Datang satu hal lagi nak kene bersihkan.

Aku mandikan Abuzar ngan Talhah sekali, pakaikan siap2, letak dalam bilik, tutup pintu, then upacara menyucikan taik tersebut berlaku. 
 
Memang menguji kesabaran dipagi hari yang mendung ini. +__+



Friday 19 August 2011

Penyakit Tangan, Kaki, Dan Mulut (HFMD)

ASSALAMUALAIKUM

Penyakit HFMD adalah penyakit dimana kanak2 biasanya berumur 3 thn kebawah mempunyai biji2 kecil yg berair dan bisa bila disentuh, didalam mulut (ulser), tapak tangan dan tapak kaki. Adalah sangat tidak selesa untuk anak2 kecil yang mempunyai penyakit ini untuk melakukan aktiviti seperti makn, memegang sesuatu dan berjalan.

Kenapa aku cakap pasal ni? Sebab dekat nursery anak2 aku tu ada budak yang kena. Bahagian babies. So, bahagian tu dikuarantin kan starting from today until this sunday  i guess. Memag tak cool bila anak kena penyakit tu. Uwais dulu masa umur setahun lebih pernah kena. Memang seksa tengok dia nak makan pon sakit. FYI, this deseas boleh berjangkit sebab dia virus kan.

Apa punca nya, aku tak tahu sebab malas laa nak google bagai. Heheh. Dah dasar pemalas memang begitu. Kohkohkoh.

So mummies out there, i know you take a good care about your kids, but make sure, if your kids got this disease, dont send your kids to their care centre or let your kids mingle around with other kids.
ok, till then!!

Puasa Zaman Kanak-Kanak

ASSALAMUALAIKUM

Hi u'olls..ai puan wana tukar background lagi?? Hmm..Rasa dah boring tengok kaler2 tu. So, I just wanna try white. White means suci bersih macam salji di gunung everest yang sejuk beku lagi membawa maut. Huh? Putih tu kan........err...errmmm...... putih la. ppffftt. Fine2..Da lari tajuk ni.

Dulu, masa kecik2 selalu puasa main2. Umi kejut sahur, aku sahur, solat pon solat, tapi main pada bulan puasa? Dah menjadi kebiasaan kanak2 ribena macam aku dulu2, puasa ke, x puasa ke, main tetap main. Bila balik umah, paling heaven ialah waktu mandi atau pergi toilet sebab nak shi2 or poop. Kerana pada waktu itu lah budak2 noob macam aku akan minum air paip sepuas-puasnya. Ibarat pada waktu itu busiessman dapat tender besar. Kepuasan sejati tahu? Jangan tipu kalau korang bilang korang tak pernah buat. Itu lah rahsia segar cergas sepanjang hari sepanjang bulan ramadhan.

Bila keluar dari toilet, wajah yang penat dan pucat bertukar segar dan gembira ibarat bunga yang kecut disirami air pada musim panas. Umi aku pun pelik, anak dia yang seorang ni tak penat ke, dah la puasa, lari sana sini terkinja2, panjat pokok bagai. Memang super la anak aku yang seorang ni, getus hati kecil umiku. Tapi, jauh di lubuk hati beliau ade sedikit ragu2. Mana mungkin budak ni begitu bertenaga. 

Aku x ingat bila, tapi memang aku ada kantoi dengan umi, aku minum air dalam bilik air. Entah sapa punya kerja dikalangan adik beradik aku yang bagi tahu umi aku minum dalam toilet. Ala, beliau jeles laa tu aku minum air. Macam aku tak tahu beliau juga minum air masa masuk dalam toilet. 

Tapi, bukan setiap hari aku minum air curi2 tahu. Kalau mood aku baik, aku tak minum, nak jadi orang yang solehah. Menginjak ke usia 11 tahun, aku nekad untuk berubah. Aku x mahu puasa yang yok lagi. Masa tu baru aku tahu puasa itu macam mana. Lapaaarrr...dahaga... Kalau boleh, satu hari suntuk, aku mahu tidur dari lepas subuh sampai waktu berbuka. Kalau bangun pon hanya untuk solat. Masa tu, moody jangan cerita lah. Kakak ngan abang aku kacau memang aku menjerit macam siren ambulan. Lepas tu kena marah ngan umi. Padan muka aku.

Waktu berbuka puasa adalah saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam termasuk budak noob ini. kalau boleh, pergi ke bazar ramadhan, semua jenis lauk dan kuih aku nak beli. Tapi hajat tak kesampaian kerana umi hanya bagi wang yang cukup2 untuk beli kuih. Itu pon jarang, sebab dulu keluarga aku x berapa senang. Cukup sekadar apa yang ada. Hanya walid yang bekerja. Oleh sebab itu, aku dan adik beradik yang lain selalu buat request lauk dari umi. Hari ni nak makan itu, esok nak makan ini. Umi pon melayan sahaja kehendak anak2 beliau yang 8 orang ni. Tapi, masa aku kecik, hanya aku, along dan abengah saja yang berpuasa. 

Bila bilal hampir melaungkan azan, maka, semua sudah bersiap sedia di meja makan. Semua sudah memegang juadah masing2 dan membuka mulut. Kalau air pula, bibir gelas tu dah bertemu dengan mulut. Bila azan saja, ngap!! Kalau tak berjaya melakukan itu, dianggap failure.

Seronok bukan? Sekarang kalau buat macam tu, memang menempah penampar dari orang sebelah anda. Hehehe.

Tuesday 9 August 2011

Saya Ada Idea Nak Menulis, tapi Tak Reti Menulis

ASSALAMUALAIKUM

Lama betul x update blog ni. Rasa malas je sebab asyik baca blog orang lain je kan..terasa sungguh blog ni paling cikai..kihkih..

Masaalah nye ialah, aku ade idea nak tulis, tp x reti nk olah ayat nye..
jeles tengok org lain sangat pandai menulis...padan laa aku punye essay selalu tuuuutttt....hiiii..


Thursday 28 July 2011

Saya Berjaya Menjahit Bedsheet Sama Sarung Bantal..Sila Kagum

ASSALAMUALAIKUM

Hi u'olls...lame nau tak update blog ni...asek blogwalking..heh..oh ye..ari tu aku ade wat to do list during holiday..antaranye ialah jahit cadar sama sarung bantal.. semalam my mil datang umah ajak aku wat cadar..  citer pon x gune..layan gambar je laa.. :))

 
ni laa dia mesin jahit letrik my mil punya..brand toyota tahun 1994..huu lama bukan?? sampai sekarang masih elok..sangat best pakai..mesti korang xde kan..haa belagak laa tuu..
butang boleh laras ikut sukahatikita nak jahit macam mane..sangat best bukan?saya sudah bilang...
 

proses menjahit..aku beli kain murah2 jee..yang ni semeter rm3 kot aku beli kat kamdar..aku suka corak die..comey..
 proses jahit getah..agak menguji kesabaran...yg penting jadi, bley grip tilam..
ni laa hasilnye...saya suke..saya suke...

 kagum dengan hasil kerja sendiri walaupon 1st time buat. (muka angkuh sambil kembang hidung)  :8I





Tuesday 19 July 2011

Entry tak Ada tajuk

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls!! hari ni hari selasa, 19 hb Julai, tahun 2011.. apakah yang sedang anda lakukan ketika ini?? of coz main tenet, jalan2 tengok blog orang, etc etc...sama juga macam aku..pagi pas mandi n solat subuh, kejut hero ber-3 itu, berdrama air mata seketika, pujuk2 alololololo, dan mandi..pastu zasss pegi skolah..ape..ingat budak kecik setahun x bley gi skolah ka?

pagi tadi anta heroes tu, aku ambil kesempatan bertemu dengan teacher kelas talhah..ye laa, baru pindah kelas minggu lepas mesti nak tau perkembangan si kecik tu..well, aku tengok talhah agak garang dengan rakan sebaya dia..aduuhh..depan aku die pegi pok pok kwn die..sian budak tu terkebil2..

biasa talhah ni nak kene bab ngan ibu

huuu kat umah pon ngan abg2 die pon die garang..siap rotan2 lagi, tp abg2nye sngt baik hati x melawan adiknye yang manja itu...apakah salah aku??mungkinkah sebab masa pregnant dulu aku garang?? heh~ moral of the story: Behave yourself when you are pregnant (betul ke grammar aku?)

pastu aku balik kemas umah..aku dah buat kajian ke atas diri aku bahawa bila aku nak kemas umah, aku mesti pasang lagu feveret sebagai bakcground music, baru ade semangat dan kerancakan pon berlaku..energy booster bak kate omputeh..heh..sedang cuti, mmg laa sedap wat keje umah..cobe time ade klas..tunggang langgang umah aku..

x dinafikan bahawa ibu yang bekerjaya sgt sibuk lebih2 lg yg dah ade anak..tp aku rase ok lagi kot sebb hujung buln, masyuuukk...x macam aku yang belajar sepenuh masa, uruskan rumah tangga, the loves one, dan 3 org heroes..sangat2 penat okeh...and hanya suami aku yg keje.. tapi, aku percaya, bersusah2 dahulu..Allah sahaja yang tahu rancanganya ke atas hamba2nya..parents aku panggil aku super woman..haha..klakar..tapi panggilan tersebut adalah motivasi diri supaya terus jadi super..hehe

pernah dulu aku hampir give up dengan jadual hidup aku..sangat2 memenatkan..pastu suami aku suggest aku supaya aku bangun awal pagi, kemas umah, jemur baju dan masak sebelum ke kelas..dengar mcm mustahil nak buat kan?? bayangkan klas aku dari pukul 830 pagi smpai pkul 5 petang, hari2..(ok aku tipu, 2 kali seminggu) tapi hari lain ade klas jugak tp x se pack 2 hari tu..

aku pon cube la..bangun kol 4 pagi, wat sume keje umah, bla..bla..bla..end up, aku mengantuk dlm klas..kahkahkah...amek kau..aku bartahan dgn rutin tu 2 bln je..x ley jadi mcm tu..aku pon tukar rutin aku..asal ade gap klas dlm 2 jam je, aku blik umah jap, settel kan ape yg sempat, pastu zasss g klas smule..x penat ke??? mane nak siapkan assignment yang bertimbun tu..tapi, alhamdulillah, i manage to cope with all that..

my advice to those who wants getting married while studying, be prepare mentally and phisycally..and to those who already married and working or studying, congratulation..you are the strongest among others..betul aku x tipu..bila kita kuat mental n phisycal, antibodi kita pon kuat (teori mane yang kau pakai ni puan wana oii??)...aku x tau laa orang laen, tp as for me, aku sangat jarang dapt sakit even penyakit berjangkit..bley kire dlm 5 tahun aku kawen ni, x smpai 5 kali rasenye aku demam..hebatx, hebat x..heheh..padahal mase blom kawen dulu, aku laa heroin sakit kat umah..heh...

pernah baper bulan lepas anak2 aku sakit mata and husband aku pon kene..2 minggu setiap seorang..bkn skali gus ye..sorang da nak baek, sorang lagi baru nak kene..mcm tu laa..da la mase tu aku da nak final exam dngan assignment bertimbun, klu aku yg kena skali, x ke haru...tp alhamdulillah, aku x kena..mungkin sbb mentally n phisycally aku kuat..(puji diri sendiri  =P )

so, pade ibu2 yg bekerjaya yg menguruskan rumah tangga sendirian berhad, jangan lah rasa down walaupon selalunya kita rasa begitu..just think positive..bak kate ummi aku, kalu ade masalah besar, kecil2 kan ia, kalu ade masalah kecik, x de xde kan ia..kalu org ade masalh ngan kau, buat2 mcm kau x de masalah ngan dia..mesti dia malu sendiri..kalau kau berhadapan dengan masalah, jangan cuak, be cool bebeh (slalu aku praktikkan smpai kawn aku yg cuak)..hehe.. insyallah, Allah akan limpahkan kebahagiaan buat kita..

Renung2kan dan selamat beramal!! (entry ini untuk motivasi diri sendiri..huhuhu)


Sunday 17 July 2011

Saya Suka..Saya Suka!!

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls!!aku suke tukar blog template yang aku rase comey..hikhikhik...korang suke x??  

(entry pendek, x tau nak tulis ape tp nk post jugak)  +___+

Saturday 16 July 2011

masak-masak: cekodok udang geragau + daun kunyit = yummieos!

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls!! wah..wah..name resepi cam gah sangat padahal cekodok je pon..well, i'm gonna share with u guys since this is a very2 delicious..

die cekodok biase je..ade bawang n kentang..just tambahkn udang geragau yang ditumbuk, dengan sehelai daun kunyit (saiz sederhana) diracik-racik..pastu cam bese laa ltak tepung sume bagai, n goreng..yum..yum..mmg sedap beb..talhah yang kecik dan cerewet makan pon suke..

ade rase daun kunyit ngan udang tu..ohsem laa..cube laa try..aku sebenarnye dapat ilham kat sini . sebenarnye die x bg in detail pasal cekodok ni die cerita pasal udang geragau dan ape yang dia buat ngan udang geragau tu..kebetulan aku ade sebungkus udang geragau kering, aku buat laa.. udang geragau tu macam udang kering tapi dia lagi halus cam udang kertas tapi lagi sedap..  sori laa eh x snap gmbar..kabel kemre x do..hehe.. 

jangan lupa try tau!!memang x rugi...sampai jumpa lagi!!

Friday 15 July 2011

selamat hari lahir!!

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls!!harap sihat sentiasa..semalam ialah hari lahir abuja yang ke-3..x ade ape2 yg special pon..pg tu saje wish die happy birthday sbb die nangis2 pastu die ckp,"ibu, buja nk yang hepi betday buja tu.."smbil nangis2.. ah sudah..aku mmg x plan nk beli ape2 pon..nk buat kek sndiri, barang x cukup..then aku text husband aku ckp abuja mntak gift..die balik keje tengok2 ade kek...seronok bukan main budak kecik tu..die 2 beradik je yang mengahabiskan kek coklat tu..aku nak mkn pon sayang sbb tengok diorang suke..

pada kita sebiji kek amat simple, tp bagi mereka anak2 kecil, itu sungguh bermakna..aku x nak sangat ajar anak2 aku sambut birthday ni..x salah pon sebenarnya..ye laa kan, nanti bila da terbiasa, da besar esok, bila kita x buat, dia demand pulak..tp, lain orang, lain pendapat kan, kan, kan?..tapi klu just a cake, ok laa kan..sbgai tanda ingatan kita..tapi, kat nursery uia, diorang mmg buat event tu tiap2 bulan..so ramai jugak parents yang ambil kesempatan tu untuk anak2 diorang buat birrthday bash kat situ je..biasanye diorang beli kek, n bagi goodies bags  kat kwn2 satu kelas dengan anak2 mereka..

aku dan adik2 aku pon sudah terbiasa x buat birthday party ni..beli kek mkan 1 family lagi seronok..so, sampai sekarang aku amatlah tidak kesah kalau husband aku x bg ape2 untuk birthday aku..walaupon dia selalu lupe birthday aku, sbb birthday dia sndiri pon dia x ingat..mujur semalam aku text dia, kalu x, heheh..paham je laa..kehkeh..

anyway, abuja da 3 years, banyak perkara yang dia boleh buat..ye laa kan budak da 3 tahun..standard laa...tp yang paling aku suke dia sangat2 banyak cakap walaupon pelat (kadang2 annoying pon ade) huuu... :'(  ..die cakap pelat contohnye, biskut jadi bisut..ade sekali tu die cakap, "ibu nak bisut.." aku, "ape? nak bisut?", buja,"bukan laa ibu, bisut!!", aku, "biskut?", buja," haa!! tu laa..bisut tuuu".. aish...overall, aku yang paling paham cakap die walaupon pelat..ye laaa aku ibu die kan..

 anak ibu yang sntisa bulat..copycat ayah dia.. ;))

ok, sampai ketemu lagi!!

Sunday 10 July 2011

to do list during holiday

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls..wawawa...tajuk diatas macam dibuat oleh cikgu sekolah rendah terhadap murid2nya kan3...bunyi holiday mcm nk g holiday ke obersea aje..kehkeh...dok umah aje laa..sob..sob..disebabkan cuti semester ade lg 1 1/2 bln, aku decide nak wat semua ni:

1)  kemas rumah sampai jadi macam hotel 5 stars..kahkah.. (baru sikit kemas..baru kemas laci meja dah berjam2..sampah dlm laci aje dah 2 beg..haishh.. :'[ )

2)  belajar masakan baru terutama lauk harian dari internet (of coz), and buat kek & apam polkadot yang femes emes tuu..(laki aku cakap, buat laa..aku ckp nk beli bahan dulu..means that $$$..heheh)

3)  jahit 4 helai bedsheet n berhelai2 sarung bantal (baru potong 2..nak jahit, x reti pakai mesin jahit letrik tu yang sebenarnye..kena ajak my mil datang umah mintak dia ajarkan sbb mesin tu dia yang punyee..heeee)

4)  ajar uwais n abuja mengaji n tulis abc n 123 sampai jadi macam einstein (yang ni da lame ajar..uwais da mengaji sampai kenal tanwin sume tu..aku gune buku al-matien.abuja dari dulu sampai skang alif ba ta lg..ye laa die baru nak masuk 3 thn..abc pon uwais da pandai, knal sume huruf dah reti eja gune keybod pc..abuja reti sebut je..kite aja lain, die tunjuk lain..aish..+___+)

haa..tu je kot list aku untuk cuti ni..nampak sikit, belum tentu dapat buat semua sekali..huhu

sori, gambar tak related ngan tajuk di atas..

Saturday 9 July 2011

saket +_________________+

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls..why should they talk all bad things in the past???
i hate it very much..because of it, a good relations bley jd porak peranda..
KENAPA??? 
yg nk sentap lebey2 apesal??hukhuk..
rilekk sudee...
forgive me oh Allah..

Friday 8 July 2011

dilema

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls..aku dlm dilema samada nk truskn mkn family planning pill which is harm to my body or stop taking it n mkn maajun or mkn kedua2nye skali..camane ni eh...because truly speaking, aku mmg sgt mudah utk pregnant.. hari ni sepatutnye g klinik amek ubat tu..tp x g lagi..aduyai..camene ehh...ade sape2 yg sudi tolong??
 

Thursday 7 July 2011

family planning- traditional vs moden

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls!! ini hari den nk ckp pasal family planning..aku bkn dokter ke hape, just nk share pengalaman..first of all, i'm got married when i was 19..awal gilos...ramai yg menentang terutama sedare mare aku, tp umi n walid aku sgt2 menyokong..bg yg oppose aku nk kawen mase tu sbb mase tu aku baru nk masuk 2nd year kat matrik uia..diorang ckp nnt aku x abeh blaja laa, susah nnt da ade anak, byk tanggungjawab n bla..bla..bla..aku wat dekk je..lg pon umi walid aku yg sruh kawen..4 sure diorang da pk segale pro n conts..

then da kawen konon2 nk mengamalkn family planning care org lame, xjadi..sbln pas kawen aku dah preggy..yeay!!pas bsalin, konon2 nk tukar sket care planning itu tp still traditional, preggy lg...huuu..dugaan...pas besalin tu planning care moden tp x amek pil atau ape2 suntikan..paham2 je laa kan..kehkeh..pastu ade sorg akak HPA ajar aku planning pkai produk HPA.. die ckp da 3 thn amalkn sgt bekesan..then aku pon coba la..sebulan, ok ade red light..msuk bln kedua, aik, mane aku pnye red light x dtg2 jugak ni??aku mule konpius..x tgu lame daa..bape mgu red light  x dak mai aku wat test..yes i'm preggy again!!!n guess what..week after, umi aku tepon ckp akak HPA tersebut preggy..wakaka...die pon plik dan hairan, smpai bley ckp, "mcm mane sy bley preggy??" hukhukhuk...

pas deliver talhah, aku decide ku kne amek ubat jugak..mane bley jd, camtu smpai suda aku x grade..asek extend semester je kan..so aku mkn cik noriday utk ibu2 menyusu..

cik puan noriday

mase tu ok je milk produce..pas 8 bln, nurse kat klini goment tu sruh tuka mkn cik puan regulon..

cik puan regulon

ckp 21 hari mkn ni, red light dtg stelah 8 bln x dtg..ok laa..tp yg aku gram smpai 15 hari n kdang2 smpai telebih 15 hari..watthe...tungang langgang hormon aku..skang ni badn aku sket gumuk, emosi pon sket x betul n aku prasan lately tgn aku shaking nak plak ble nk snduk kuah ke, bkak mnde2 yg halus ke, ltak susu ank dlm botol ke..takut wooo...plus susu aku langsung kering gara2 cik puan regulon itu..ini mmg mndatangkan kemarahan..abes punah cita2 aku nk susukn talhah smpai 2 thn..ni sethn pon x complete...isk..isk..so skang aku plan nk mkn maajun yg kabarnye bley jd family planning n ramai da berjaya..ni die..

nak tau psal ni, bley tgk kat http://majunanggunbistari.blogspot.com/ , x pon taip je kat google..aku bru je nk try..esok baru mkn..we wait n see the result..heheh...tp kdang2 was2 itu dtg menjelma..apakah...yg bestnye, anak dare pon bley mkn..ni mmg die baik pulih sistem dlm bdn terutama skali organ2 wanita..ececeh...promote lee plak...ehem..sy bkan promoter produk ini yee jauh skali mnjadi duta..sekadar ingin berkongsi..hehe...setakat ni, 3 org anak comel ni sgt2 membahagiakan saye..

tengokkpipi aku da gumuk...

wassalam..

Wednesday 6 July 2011

Kisah benar: Mati syahid..(pelajar UMT dan gambar) ~credit to: http://wirapendang.blogspot.com

ASSALAMUALAIKUM

ini kisah benar..amat2 digalakkan membacanya..mudah2an menjadi teladan utk kita semua..amiin ya Rabb...






KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)


Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam

maher zain- freedom & irfan makki ft. maher zain- i believe

ASSALAMUALAIKUM

hi u'olls again!!!haha..td da update, skang pon nak update lg..hihi..kan aku da ckp, tgh rajin...cam nk kongsi ngan korang 2 lagu yg sgt best n meaningful..mungkin org lain da lame tau, aku baru bape minggu lpas tau..kan aku da ckp aku agak peghak sket..aku kalau wat keje umah, mesti pasang lagu ni kuat2 pastu nyanyi kuat2 smbil kmas2 umah..msti jiran aku ckp aku ni tahapehape kn...biar...kehkeh...well, enjoy dis song guys!!


irfan makki ft. maher zain: i believe


maher zain: freedom



p/s: sori x de subtitle...  =))





cloth diapers

ASSALAMUALAIKUM

hai u'olls...sejak 2 menjak ni tgn rajin je nk update smpai hsband aku sound...heheheh...tau jee die ni kan org tgh wat ape..huuu...kemarin lagi nk ckp pasal cd ni tp ble da nak abes taip entry tu, tetibe, tuuppp...monitor jd hitam..tau apesal??talhah switch off pc..adoyai...anakku yg sorang tuu...pantang tengok org dok tekan sane sini, die pon nk tekan2 gak..disebab kn entry tu panjang sket n aku x save, mlas daa nk taip, tu yg kuar masak ompok tuu..

sebenarnye dr mgu lepas unify aku problem.die asek disconnect jee..bepuluh2 kali aku dok kol unify centre biar diorang lemas smpai die bg appoinment pling awal iaitu semalm..tu pon lame nk tgu..tp sblum diorg dtg, hsband aku da discover problem die, main modem die panas melampau..pastu amek standing fan tu pasang arah kat modem tu, elok plak die berfungsi...so semalam diorang dtg tukau je main modem tu.. nasihaat aku pada korang yg da ade atau nk pasang unify kelak, korang letakkn main modem tuu atas cooler pad..ala yg korang ltak bawah notebook tu kan..aku x de kooler pad sbb aku x pakai notebook..kehkehkeh...so, hsband aku beli clip fan, pasangg arahkn kat modem tuu..

aishh...sudah melalut laa ko wana...nk cakap pasal cd ko ckp pasal mende lain..dushh skali pada diri sndiri.. msti ramai tau pasal cloth diapers (cd) ni kan..ala, yg mak2 kite pakaikan kite dulu tu..dulu2 org pnggil naapkin..skang da ade yg moden dipanggil cd..konsep die same je...ade bahagian luar which is skang ni berbutang n ade corak2 yg comey lotey..n bahagian dalam ade 2 kain berstruktur mcm towel gituu..tp mmg menyerap air..


 bahagian luar. comey kan ia??

yg tengah tu insert(bhagin dalam)

yg best pasal cd ni, kite bley laras kn kebesaran saiz die..dr s sampai xl. yg x best nye plak, kene laa rajin basuh...huhu..y best lagi satu, duit kau jimat giler x yah beli pampers daa...dulu mase pregnant kn talhah, aku beru tau ade cd ni..peghak(kuno) kan aku x tau pasal benda2 moden utk baby padahal mase tu da ade 2 boys..maluu jap...niat murni di hati mmg nk beli, tpbile tgk harge sekeping, mak aiii..bley pitam koo..cecah >rm50 okeh...tu satu, kalu kate nk beli 10????ha!...ha!...pastu 2 bln lepas sorg kawan aku ckp die bli cd tuk ank die murah..1 hargenye rm26. klu beli byk, rm21..so sronok laaa...aku pon ape lagi..wat mate bercahaye kat hsband aku...kempen die baeekkk punye, trus dpt duit beli...hehehe..tp series wehh mmg jimat..pampers 2 bln lpas pon ade lg...

talhah pakai cd tu kalu siang 2-3 helai..bwak g nurseri pon 3 helai jee..mlm, sbb aku mls nk tukau lampin die, aku pakaikn pampers bese cap tesco choice..walaupon cap tesco, je namun jgn dipandang enteng yee wahai anda2 sekalian...kerana ianye setanding ngan jename mami poko ke hape tah tuu...hihi..kalu aku rajin, aku trus je basuh cd tu pakai tangan n berus n sabun buku...klu x, hehe paham2 aje laa...masuk jee dlm mesin..tapi!! aku bilas dulu biar hilang segala kotoran n najis..kalu  nk senang hilangkn najis dr ppermukaan cd tu, lapikkan ia dng panty nappy liner sblm pakaikn ank..then baru masuk mesin..basuh gune air panas n make sure jgn  spin kerna dikhuatiri akan tercabut butangnyee..da abes basuh tu, masukkn bahagian luar cd tu ke dalam laundry bag yg ade lobang2 tu x pon ltak dlm sarung bantal, pastu baru laa spin..senang kn...jimat n agronomic..kehkeh...yang penting, ank kite selesa n x do ruam...poket kite pon tumpang happy skali...muke pon makin beseri sbb ade duit lebey tuk beli mende lain...heheh..

tu saje tuk kali ni...ssori laa ehh bebel  je byk...cube laa try...sampai jumpe lagi!!




Monday 4 July 2011

masak-masak...-ikan masak ompok

ASSALAMUALAIKUM

macam pelik jee name masakan di atas..haha..tu masakan orang awak...kak ipar yg bg..suami die org awak..penah dengar name orang awak??aku pon baru tau pas kawen..diorg ni punye bahase lebey kurang sam org minang..culture die x tau plak...masak ompok ni sedapppp sangat..
aku suke masak gune ikan, ayam @ daging.. meh sini den bagi tau resipinye..

bahan2:
ikan(x kisah jenis ape, aku slalu gne ikan pelaling/kembong), ayam, daging.(ikut baper org nk makn.)
daun kunyit     1 helai(koyak2 kn die)
rempah serbuk(jintan manis/putih &ketumbar..x de pon x pe)
garam/gule
asam keping 1 kpng

bhn kisar:
lada merah(cili boh pon bley)
bawang besar    1
bawang putih 3 ulas
kunyit hidup 1/2 inch
halia

cara2:
klu korang gune ikan, goreng laa dulu..aku slalu goreng tp klu x nak pon x pe..klu ayam or daging x yah goreng..pastu da kisar bahan2 kisar tu, trus masuk dalam kuali. x yah tumis ape ke, terus bukak api masakn macam tu jee..pastu masukkn daun kunyitt. ni mesti ade klu x x rase laa kick nye tuu..pastu masuk rempah tu, x nak pon x pe..pastu masuk asam keping, garam n gule, rase laa sedap kee x, die da masak kuah tu, masuk laa ikan..siap..klu korang gune ayam or daging, masuk awal2...kang msuk lmbat, lambat laa ia masak... kalau ompok daging sangat sedap mkn ngan lemang..kalu raye buat ompok mkn ngan lemang..perghhh...mmg sedap tahap gaban...
cube laa try...sedapppp...klu x sedap, jgn salahkn aku, korang yg salah masakk.heheh...boleh x gitu??

ompok, kredit tu encik google..gambau sendiri x do...heheh

Sunday 3 July 2011

shopping hari sabtu

 ASSALAMUALAIKUM

shopping hari sabtu di kebanyakan market kat kwasan kl n selangor ni mmg menyakit kan hati... sakit ati apesal? sbb diorang x bagi plastic bag. klu nk kene bayau 1 plastik 0.20 sen.. cube bayangkan klu ko shopping barg dapur tuk sebulan, x ke banyak plastik kene bayau??? ha?? ha??
marah nii...heheh...mlm td aku g beli brg dapur kat tesco ngan adk aku..bese g ngan husband aku tp die ade keje plak...da beli belah tu, nak bayar baru terperasan hari semalm hari sabtu..padan laa mase nk msuk tesco tu aku tgk ramai je yg bwak blik barg x de plastik..cube ko bayangkan, sume barg dlm troli penuh x de beg plastik ko sumbat dalam kete...aku da cuak laa kan sbb banyak gle kot brg aku bli...satu troli tu ponuh betimbun...kalu umah aku atas tanah, bley jugak aku angkut satu2 masuk dlm umah..ni umah aku atas 3 umah org laen...(bermakne umah aku tingkat 4..do the maths..of coz laa korang taau..)pehal laa dlm braket tu pnjang..heh..
pastu aku rase aku patut beli eco beg which is sangat mahaal tuk satu beg yg bley masuk x sampai suku troli pon..satu tu harge die rm6.90..klu aku nk masukkan sume brg aku dlm eco beg tu aku kne bayau nk kat rm 20...uih...x berbaloy langsung..then aku da scan beg tu, baru aku nmpak ade plastik beg kat kaunter tu..then aku tanye casher india tu bley ke bg plastik? die ckp ngan kereknya: ari ni ari sabru, kitorg x bg beg plastik..kalu nk, 1  2posen..adey laaa....klu aku x beli eco beg tu, aku bayar plastik tu je kn da baguih...ish x patot laa diorang ni...
aku paham diorang konon2..diulangi, KONON2 nye nk save the earth..poyo laaa...x de maknenye tu sume..yes aku pon try save the earth tp ade lg yg lg efectif..(apehal eja efektif camtu??x paham..)cube ko bayangkan haari2 lain org beli kat ko, ko bg plastik beg begelen2...then sabtu je just that 1 day x bg, ade kesan ke??korang klu buang sampah, korang ltak kat dlm ape???mostly kite ltak dlm plastik kan...aku kitar semule kot plastik tuu wat plastik sampah..kehkeh...cam kretif sgt..

p/s: sbb tu aku x mau shopping ari sabtu..tp da terpakse kan...redha..hihi...

Saturday 2 July 2011

cuti ini....

vacuum...vacuum...mop mop sket...sapu sawang...hukhuk...lamenye x jenguk ini blog...khamis lalu,30/6 tamat sudah paper utk short sem ini...x tahu lah macam mane keputusannya nnt..skarang sudah mule cuti utk student undergraduate sprti aku di uia..cuti smpai abeh raye...huuu...lame tuuu....nk wat ape ye cuti ni???ade idea??

kerjaa???x mungkin kot...sbb ape??entah laa, mungkin aku ade tanggungjawab yg lbih pnting...anak2 ku yg manje itu....hiii....sebenarnye aku nk mengasah skill menjahit aku..walaupon x pernah blajar secara ilmiahnye dr guru berpengalaman, aku tau sket2 jahit benda yg basic...blajar sendiri2...ciss...ckp mcm angkuh pulak yee.. maafkan aku...hehe..

well, i decided to sew some bed sheet...ala..cadar single je pon..x penah jahit sblm ni, tp disebabkn husband aku da beli kain dan suruh aku jait ssndiri walaupon die tau isterinye ini x pernah jahit mende alah tu, terpakkse laa aku jait..semangat jahit tu dari sebelom short sem lg..siap pinjam mesin jahit elektrik dr my mil..tahu gune pon tidak...we discovere it later ok...??

macam mane nk jahit kalau ade 3 org kanak2 riang itu??well, anta laa diorang gi nursery dlu...hahaha...bayo mahai2 kalu x anto, rugi jeee...so jawabnye aku ade weekdays je utk jahit bedsheet idaman...poyo...
planning lain cuti ni??aku nk wat langsir umah...hohoho...bak kate my mil, "apo susah bonar...jait luruih yoo..."
 (my mil org nogori, so anda2 kene bace dan hayati care sebutannye..baru ade feelll)..akan aku sahut cabaran itu!!!yeah!!!

Sunday 29 May 2011

update...update....

fuuuhhh..fuuuhhh..fuuhhh...da bersawang da blog den ni haa...lame nau x blog, just happy to b blogwalker...heheh..
citer terbaru?? talhah is just turn 1 last thursday...da pndai jln, mlut da bising, x nk mkn bubur, nk mkn nasik ngan sup..uwais plak, sakit mate..da seminggu x baik2 lg..well esok nk follow up ngan dr.hanifah which is she is sooo good in dealing with her patients..abuja plak ari tu dia main lompat2 dr atas krusi ke bawh..tah camane bley terjatuh, gigi die terhentak kat meja, retak trus sebatang gigi dpan..then, cabut yg mane bley cabut, i mean serpih2 tuu..pastu g klinik cabut yg bergoyang dlu..so skang tinggal tunggul n of coz saraf die terdedah..sakit woooooo....
sian die...anak bertuah laa kate kn..heheh..sebenarnye byk sgt nk citer kat kome (mcm ade je org bace blog ni knn..)anywho, till meet again..
wassalammm....

Monday 25 April 2011

suamiku terseliuh....T_T

mlm td my hubby 7pm-7am.abes keje, anta ank g nursery, trus g main badminton..aku?? x main pon..tgk jee lee walaupon hati nk sgt main kn..tp die main ngan kwn2 die...pastu tgh2 main tu, kwn die ckp, "main badminton ni kang penat, bleh ke keje mlm?" nk tau hsband aku ckp ape? "senang2 mc je laa.." pastu, 'PRAAPP' die jatuh then lutut terseliuh, trus jaln pon jengket2 je...seb baik laa aku pndai drive..bwk laa die g klinik, trus dpt mc 2 harii..yeeebaaaa!!!

apsal aku sronok??sbb esk die ajk tgk wayang!!hehehe...padahal x leh jln btull tuu...sian diee... moraal of the story: jgn ikut sedap jee nk bercakap walaupon bergurau, nnt jd betul2 baru tau...mcm laki aku nii..heeeee...
cepat baik yee sayang.. =)

Saturday 23 April 2011

streamyx ke unify

dah lebih 2 thn aku gune streamyx, ok laaa...tepon pon untk fix line, just rm 10 ckp sampai lebam..ke mobile phone, 20 sen ke 15 sen, x igt, tp murah laa..tenet plak rm66 kot unlimited + ngan die pnye sewa line sume skali rm120..aish...x bley jd..pastu ble tengok unify just rm149 skali ngan tv, phone, tenet yg gile laju tahap gaban, aku n my hubby pon try laa tnye tm..thn lpas kat area tmn melati ni x de ccoverage lg..so tgu punye tgu, thn ni bru ade..
then bln lpas (march) aku tepon tm mntak tukr unify..luckily mase tu unify punye anniversary, so yuran pemasangan diorang bg free tuk sape yg daftar bln 3, klu x kne byar rm200..alhamdulillah..rezeki kami.. awl bln ari tu pasang, so far, puas ati laa dgn tenet die..laju gle, ble bkak youtube da x de buffering lg..bapak lajunye... tepon pon ke fix line free, ke mobile just 10 sen..ok laa kan..tp tv die x laa 'sebest' astro..byk channel cino jee.yg omputih pnye pon x bape best..tp bg aku ok laaaa...
so pade sape2 yg nk tukar unify, amat digalakkan..berbaloi..tp make sure korang pnye pc x lame, maksud aku, yg mcm pc aku ni yg dr awal thn 2000 lg, of course laa out of date kan..windows pon pkai yg xp lg.. graphic kad die pon lame..so byk laa video dlm tenet ble bukak jd gbr die tersekat-sekat..hehehe...
klu korang nk pasang, die ade kontrak 2 thn..klu x sampai 2 thn korang nk potong, kene byr rm500..huuuu mahallll..  =)))

Friday 22 April 2011

tiramisu~

korang suke tiramisu x? aku, bese je.. stat mkn pas ade cite tiramisu kat tv3 dlu tu.. kbetulan plak kat uia ade cafe ni, chef die pakar wat tiramisu, sepotong yg kecik tu rm5..mahai laa bg student cam aku ni kan tp tiramisunye sgt3 sedap okey sesuai ngan promo nye yg bertan2 sgt hebat itu.... td teringin nk makan tiramisu tu, beli laa kat secret resipi coz kat uia cafe tu tutup sementara waktu.. tp kan...soo dissapointed laa sbb tiramisu kat sr tu x laa sedap mane pon..mahai jee lebey.. tp sbb da beli kn, mkn je laa..  :((

Thursday 21 April 2011

saje-saje jee...

aku nk tulis blog sbb suka-suki jee..first time tulis blog mase wat assgment tuk subject dgree.. ble bace blog org laen, sronok plak kan..tu pasal laa stat nk memblogging ni..ntah sape laa kn yg nk bace blog aku ni.. hahaha....
.
.
.
.
.
hmmm..well, aku masih blaja, tp da ade ank 3 org, sume laki.. 

yg 1st, muhammad uwais al-qarni, 4 thn
2nd, muhammad abu zar al-ghifari, 3 thn
last skali, muhammad talhah al-amin, 11 bln..
tu je kot tuk first entry nii..

 ni abuzar n uwais

ni talhah..
.
.
k, daaa...