Friday 19 August 2011

Puasa Zaman Kanak-Kanak

ASSALAMUALAIKUM

Hi u'olls..ai puan wana tukar background lagi?? Hmm..Rasa dah boring tengok kaler2 tu. So, I just wanna try white. White means suci bersih macam salji di gunung everest yang sejuk beku lagi membawa maut. Huh? Putih tu kan........err...errmmm...... putih la. ppffftt. Fine2..Da lari tajuk ni.

Dulu, masa kecik2 selalu puasa main2. Umi kejut sahur, aku sahur, solat pon solat, tapi main pada bulan puasa? Dah menjadi kebiasaan kanak2 ribena macam aku dulu2, puasa ke, x puasa ke, main tetap main. Bila balik umah, paling heaven ialah waktu mandi atau pergi toilet sebab nak shi2 or poop. Kerana pada waktu itu lah budak2 noob macam aku akan minum air paip sepuas-puasnya. Ibarat pada waktu itu busiessman dapat tender besar. Kepuasan sejati tahu? Jangan tipu kalau korang bilang korang tak pernah buat. Itu lah rahsia segar cergas sepanjang hari sepanjang bulan ramadhan.

Bila keluar dari toilet, wajah yang penat dan pucat bertukar segar dan gembira ibarat bunga yang kecut disirami air pada musim panas. Umi aku pun pelik, anak dia yang seorang ni tak penat ke, dah la puasa, lari sana sini terkinja2, panjat pokok bagai. Memang super la anak aku yang seorang ni, getus hati kecil umiku. Tapi, jauh di lubuk hati beliau ade sedikit ragu2. Mana mungkin budak ni begitu bertenaga. 

Aku x ingat bila, tapi memang aku ada kantoi dengan umi, aku minum air dalam bilik air. Entah sapa punya kerja dikalangan adik beradik aku yang bagi tahu umi aku minum dalam toilet. Ala, beliau jeles laa tu aku minum air. Macam aku tak tahu beliau juga minum air masa masuk dalam toilet. 

Tapi, bukan setiap hari aku minum air curi2 tahu. Kalau mood aku baik, aku tak minum, nak jadi orang yang solehah. Menginjak ke usia 11 tahun, aku nekad untuk berubah. Aku x mahu puasa yang yok lagi. Masa tu baru aku tahu puasa itu macam mana. Lapaaarrr...dahaga... Kalau boleh, satu hari suntuk, aku mahu tidur dari lepas subuh sampai waktu berbuka. Kalau bangun pon hanya untuk solat. Masa tu, moody jangan cerita lah. Kakak ngan abang aku kacau memang aku menjerit macam siren ambulan. Lepas tu kena marah ngan umi. Padan muka aku.

Waktu berbuka puasa adalah saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam termasuk budak noob ini. kalau boleh, pergi ke bazar ramadhan, semua jenis lauk dan kuih aku nak beli. Tapi hajat tak kesampaian kerana umi hanya bagi wang yang cukup2 untuk beli kuih. Itu pon jarang, sebab dulu keluarga aku x berapa senang. Cukup sekadar apa yang ada. Hanya walid yang bekerja. Oleh sebab itu, aku dan adik beradik yang lain selalu buat request lauk dari umi. Hari ni nak makan itu, esok nak makan ini. Umi pon melayan sahaja kehendak anak2 beliau yang 8 orang ni. Tapi, masa aku kecik, hanya aku, along dan abengah saja yang berpuasa. 

Bila bilal hampir melaungkan azan, maka, semua sudah bersiap sedia di meja makan. Semua sudah memegang juadah masing2 dan membuka mulut. Kalau air pula, bibir gelas tu dah bertemu dengan mulut. Bila azan saja, ngap!! Kalau tak berjaya melakukan itu, dianggap failure.

Seronok bukan? Sekarang kalau buat macam tu, memang menempah penampar dari orang sebelah anda. Hehehe.

No comments:

Post a Comment