Saturday 20 August 2011

Tragedi Puasa ke-20

ASSALAMUALAIKUM

Sedar tak sedar, kita da masuk hari ke-20 puasa ye dak.. Dulu masa kecik2 punya laa rasa macam bertahun2 nak tunggu raya. Sekarang ni, pejam celik je, da nak raya. So, da beli kelengkapan raya? biskut bape balang? Kerepek bape kilo? Kek lapis, kek ceklat da tempah brape bijik? Baju kaler ape, sedondon ke? Kasut? aishh...kalau nak list satu2 kat sini, memang x terlist laa.. Aku plak, kitorang sambut sederhana je.. Ye la, dari membazir tak tentu arah kan. Beli kuih berbalang2 pastu tak abeh, jadi stok raya haji plak. Itu pon tak abeh jugak. End up, tong sampah jugak yang merasa makan kuih raya free.

Aku ingat mase kecik2 dulu masa time nak raya. Kitorang duduk kat Muadam Shah kat Pahang dulu2. Masa tu Muadzam hanyalah bandar kecik yang wujud sekitar 80an x silap. So, kebanyakan penduduk kat situ rata2nya muda2 baru ada family sendiri termasuklah umi n walid. Jadi, aku rasa, x de sape kot yang ade kampung kat situ. Jadi, sehari sebelum raya tu, memang da kosong tempat tu.

Oleh sebab bandar tu kecik, kitorang pegi Segamat lah kalau nak cari baju n kasut raya. Bukan ape, kat situ banyak sikit pilihan. Adik-beradik aku ramai, jadi kami merasa sorang selai baju raye. Alhamdulillah, dr x de kan. Kecuali walid ada bajet labih, dia akan belikan lebih sikit untuk anak2 dia yang 8 orang ni. Pasal kuih raya pulak? Kitorang x penah buat, beli pon x. Pasal ape, aku pon tak tahu. Kalau lemang pon kitorang beli je. Rendang pon dah sampai umah nenek baru umi masak. Jadi, aku memang tak pernah tengok live cara orang wat lemang ngan ketupat. Bila da kawen, baru aku dapat tengok dan rase pengalaman wat lemang ngan ketupat pasal nye, kampung laki aku memang trend diorang wat sendiri. seronok rupanya wat lemang ngan ketupat sendiri kan? Raya kali ni pon aku ngan ipar-duai aku da pakat2 nak wat lemang n ketupat sendiri. Baru ada feeelll..hehehe.

Eh, da lari tajuk ni..Tadi nak cerita tragedi puasa ke-20. Macam ni... Tadi, pas solat subuh, aku tidur jap. Lepas tu Abuzar bangun mintak air milo, aku buatkan. Tengah2 dia minum, tibe2 dia berdiri. Aku suruh la dia duduk semula pasal tengah minum kan. Masa tu die minum kat dapur. Then, tiba2 aku dengar macam air yang deras mengalir. Tengok2 air tu warna kuning semacam je. Aku dah syak..Memang x boleh disangkal dek akal bahawa Abuzar kencing..aduyai..satu hal plak kene bersihkan. Nasib baik la kat dapur bleh erus basuh sebab kat situ ade lubang air. 

Tengah aku ralit basuh tu, aku nampak Talhah dengan senyuman kekalnya..Ya, aku tahu bahawa makhluk comel itu sedang melepas. So, aku biarkan la pasal die duduk kat sebelah gate yang memisahkan ruang tamu ngan dapur. Selesai aku basuh kencing Abuzar, aku masuk dalam. Dari dapur, aku ternampak macam ada kuah rendang je yang tumpah dekat dengan Talhah. Eh, bila masa aku wat rendang? Hatiku mulai menaruh syak wasangka terhadap 'kuah' tersebut. Aku datang dekat, huhhh, tu dia taik sikit punye banyak laaaaaaa... Siap Talhah da gosok2 atas lantai. Rupa2nya, pampers dia da penuh. padanla bersepai taik beliau.. Bertuah laa budak kecik tu. Datang satu hal lagi nak kene bersihkan.

Aku mandikan Abuzar ngan Talhah sekali, pakaikan siap2, letak dalam bilik, tutup pintu, then upacara menyucikan taik tersebut berlaku. 
 
Memang menguji kesabaran dipagi hari yang mendung ini. +__+



No comments:

Post a Comment