Monday 22 August 2011

Kejutan Pada Hari Lahir

ASSALAMUALAIKUM

Selalu x anda dapat surprise on ur birthday or any other special occasion by him? Kalau x selalu pon, i bet ramai yang pernah dapat kan? Aku?? Ermmm..jap nak kene ingat dulu. Masa belum kawen pernah kot tapi bukan dari husband aku. Aku kenal ngan husband aku pon dah lepas birthday aku, dan kitorng kawen sebelum birthday aku next year tu. Actually kitorang kenal x sampai setahun pon da kawen. Jodoh kan.. 

Lepas kawen pon, aku kene bagi hint bertubi2 kat husband aku nak sampaikan bahawa hari tu adalah birthday aku sebab dia bukan jenis pengingat birthday orang. sedeh~.

So, ini la yang jadi masa mule2 aku kapel ngan husband aku dulu....


korang ade dapat macam aku?? nan hado kan?? aku sorang je dapt camni taw..



 Haaa..romantik tak laki aku..hehehe.. Da kawen, lain pulak ceritanya.. Cerita banyak pon x gune, layan gambar je laa eh...

laki/ boyfie korang penah wat camni? x de kan.. aku je spesel dapat laki macam ni..jgn jeles taw. 



Bile pikir2 balik, ade baiknye jugak husband aku wat camni. At least, aku bley pilih kek mane yg aku suka (ayat kaver x bley blah). Tu baru sikit. Nak lagi?? Ni ha pon pada hari kejadian yang sama.


kalau korang nak describe macam mane?


 Apa2 pon, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ade sekarang. Walaupon husband aku kurang sikit dari segi suprise-menyeprise kan orang ni, tapi, dia suka sergah aku (surprise la jugak tu kan?).. 

Ade sekali tu mase 1st anniversary kitorang, aku wat nasik ayam..Kire spesel la tu sebab aku pertama kali wat kot. Then, dia balik keje, kitorang makan. Dia x de cakap apa pon pasal kitorang punye anniversary tu. Apa dia x perasan ke isteri dia yang cantek ni masak spesel hari tu? Ingat senang aku nak masak spesel2 macam tu hari2 biasa? 

Yang dia cakap, "Yang, nasik ni kenapa macam jelantah sket?", kalu korang kat tempat aku, korang wat ape. Aku rase cam nak hentak2 kepala kat bantal sambil tumbuk2 lantai.. 

And guess what, seminggu lepas tu, dalam kereta, baru dia tanya aku, "Eh, kite punye anniversary bile eh?", aku reply, "yang ayang wat nasik ayam sampai kene kutuk tu ape mende?", die,"ooo...da lepas rupenye..hehe..sori laa yang..abang bab ingat2 tarikh ni memang fail sket.." *sigh~

Actually, benda ni tak berapa penting pon (kadang2 penting jugak) sebab pada aku cukup lah segala apa yang dia berikan selama ni dan apa yang dia telah buat pada aku. 

Kalau selalu sangat mintak surprise, takut dia jemu plak.. Sebab ko da kawen dengan laki pilihan ko kan, dont be demanding sangat laa..hehe..

Semalam birthday aku. Aku memang da x kesah kalau suami aku x bagi apa2. Cuma kali ni dia berusaha lebih untuk mengingat birthday aku. So, dia wish in advance, sehari seblum birthday aku. Dia cakap takut lupa lagi.. So sweet..

P/S: sori laa lukisan aku macam ape je aku tengok. Aku x amek klas pendidikan seni masa skolah menengah dulu.. Dialog tu aku ubah sket dari actual sbb aku da x bape ingat ape yang kitorang cakap.. heh~


Saturday 20 August 2011

Tragedi Puasa ke-20

ASSALAMUALAIKUM

Sedar tak sedar, kita da masuk hari ke-20 puasa ye dak.. Dulu masa kecik2 punya laa rasa macam bertahun2 nak tunggu raya. Sekarang ni, pejam celik je, da nak raya. So, da beli kelengkapan raya? biskut bape balang? Kerepek bape kilo? Kek lapis, kek ceklat da tempah brape bijik? Baju kaler ape, sedondon ke? Kasut? aishh...kalau nak list satu2 kat sini, memang x terlist laa.. Aku plak, kitorang sambut sederhana je.. Ye la, dari membazir tak tentu arah kan. Beli kuih berbalang2 pastu tak abeh, jadi stok raya haji plak. Itu pon tak abeh jugak. End up, tong sampah jugak yang merasa makan kuih raya free.

Aku ingat mase kecik2 dulu masa time nak raya. Kitorang duduk kat Muadam Shah kat Pahang dulu2. Masa tu Muadzam hanyalah bandar kecik yang wujud sekitar 80an x silap. So, kebanyakan penduduk kat situ rata2nya muda2 baru ada family sendiri termasuklah umi n walid. Jadi, aku rasa, x de sape kot yang ade kampung kat situ. Jadi, sehari sebelum raya tu, memang da kosong tempat tu.

Oleh sebab bandar tu kecik, kitorang pegi Segamat lah kalau nak cari baju n kasut raya. Bukan ape, kat situ banyak sikit pilihan. Adik-beradik aku ramai, jadi kami merasa sorang selai baju raye. Alhamdulillah, dr x de kan. Kecuali walid ada bajet labih, dia akan belikan lebih sikit untuk anak2 dia yang 8 orang ni. Pasal kuih raya pulak? Kitorang x penah buat, beli pon x. Pasal ape, aku pon tak tahu. Kalau lemang pon kitorang beli je. Rendang pon dah sampai umah nenek baru umi masak. Jadi, aku memang tak pernah tengok live cara orang wat lemang ngan ketupat. Bila da kawen, baru aku dapat tengok dan rase pengalaman wat lemang ngan ketupat pasal nye, kampung laki aku memang trend diorang wat sendiri. seronok rupanya wat lemang ngan ketupat sendiri kan? Raya kali ni pon aku ngan ipar-duai aku da pakat2 nak wat lemang n ketupat sendiri. Baru ada feeelll..hehehe.

Eh, da lari tajuk ni..Tadi nak cerita tragedi puasa ke-20. Macam ni... Tadi, pas solat subuh, aku tidur jap. Lepas tu Abuzar bangun mintak air milo, aku buatkan. Tengah2 dia minum, tibe2 dia berdiri. Aku suruh la dia duduk semula pasal tengah minum kan. Masa tu die minum kat dapur. Then, tiba2 aku dengar macam air yang deras mengalir. Tengok2 air tu warna kuning semacam je. Aku dah syak..Memang x boleh disangkal dek akal bahawa Abuzar kencing..aduyai..satu hal plak kene bersihkan. Nasib baik la kat dapur bleh erus basuh sebab kat situ ade lubang air. 

Tengah aku ralit basuh tu, aku nampak Talhah dengan senyuman kekalnya..Ya, aku tahu bahawa makhluk comel itu sedang melepas. So, aku biarkan la pasal die duduk kat sebelah gate yang memisahkan ruang tamu ngan dapur. Selesai aku basuh kencing Abuzar, aku masuk dalam. Dari dapur, aku ternampak macam ada kuah rendang je yang tumpah dekat dengan Talhah. Eh, bila masa aku wat rendang? Hatiku mulai menaruh syak wasangka terhadap 'kuah' tersebut. Aku datang dekat, huhhh, tu dia taik sikit punye banyak laaaaaaa... Siap Talhah da gosok2 atas lantai. Rupa2nya, pampers dia da penuh. padanla bersepai taik beliau.. Bertuah laa budak kecik tu. Datang satu hal lagi nak kene bersihkan.

Aku mandikan Abuzar ngan Talhah sekali, pakaikan siap2, letak dalam bilik, tutup pintu, then upacara menyucikan taik tersebut berlaku. 
 
Memang menguji kesabaran dipagi hari yang mendung ini. +__+



Friday 19 August 2011

Penyakit Tangan, Kaki, Dan Mulut (HFMD)

ASSALAMUALAIKUM

Penyakit HFMD adalah penyakit dimana kanak2 biasanya berumur 3 thn kebawah mempunyai biji2 kecil yg berair dan bisa bila disentuh, didalam mulut (ulser), tapak tangan dan tapak kaki. Adalah sangat tidak selesa untuk anak2 kecil yang mempunyai penyakit ini untuk melakukan aktiviti seperti makn, memegang sesuatu dan berjalan.

Kenapa aku cakap pasal ni? Sebab dekat nursery anak2 aku tu ada budak yang kena. Bahagian babies. So, bahagian tu dikuarantin kan starting from today until this sunday  i guess. Memag tak cool bila anak kena penyakit tu. Uwais dulu masa umur setahun lebih pernah kena. Memang seksa tengok dia nak makan pon sakit. FYI, this deseas boleh berjangkit sebab dia virus kan.

Apa punca nya, aku tak tahu sebab malas laa nak google bagai. Heheh. Dah dasar pemalas memang begitu. Kohkohkoh.

So mummies out there, i know you take a good care about your kids, but make sure, if your kids got this disease, dont send your kids to their care centre or let your kids mingle around with other kids.
ok, till then!!

Puasa Zaman Kanak-Kanak

ASSALAMUALAIKUM

Hi u'olls..ai puan wana tukar background lagi?? Hmm..Rasa dah boring tengok kaler2 tu. So, I just wanna try white. White means suci bersih macam salji di gunung everest yang sejuk beku lagi membawa maut. Huh? Putih tu kan........err...errmmm...... putih la. ppffftt. Fine2..Da lari tajuk ni.

Dulu, masa kecik2 selalu puasa main2. Umi kejut sahur, aku sahur, solat pon solat, tapi main pada bulan puasa? Dah menjadi kebiasaan kanak2 ribena macam aku dulu2, puasa ke, x puasa ke, main tetap main. Bila balik umah, paling heaven ialah waktu mandi atau pergi toilet sebab nak shi2 or poop. Kerana pada waktu itu lah budak2 noob macam aku akan minum air paip sepuas-puasnya. Ibarat pada waktu itu busiessman dapat tender besar. Kepuasan sejati tahu? Jangan tipu kalau korang bilang korang tak pernah buat. Itu lah rahsia segar cergas sepanjang hari sepanjang bulan ramadhan.

Bila keluar dari toilet, wajah yang penat dan pucat bertukar segar dan gembira ibarat bunga yang kecut disirami air pada musim panas. Umi aku pun pelik, anak dia yang seorang ni tak penat ke, dah la puasa, lari sana sini terkinja2, panjat pokok bagai. Memang super la anak aku yang seorang ni, getus hati kecil umiku. Tapi, jauh di lubuk hati beliau ade sedikit ragu2. Mana mungkin budak ni begitu bertenaga. 

Aku x ingat bila, tapi memang aku ada kantoi dengan umi, aku minum air dalam bilik air. Entah sapa punya kerja dikalangan adik beradik aku yang bagi tahu umi aku minum dalam toilet. Ala, beliau jeles laa tu aku minum air. Macam aku tak tahu beliau juga minum air masa masuk dalam toilet. 

Tapi, bukan setiap hari aku minum air curi2 tahu. Kalau mood aku baik, aku tak minum, nak jadi orang yang solehah. Menginjak ke usia 11 tahun, aku nekad untuk berubah. Aku x mahu puasa yang yok lagi. Masa tu baru aku tahu puasa itu macam mana. Lapaaarrr...dahaga... Kalau boleh, satu hari suntuk, aku mahu tidur dari lepas subuh sampai waktu berbuka. Kalau bangun pon hanya untuk solat. Masa tu, moody jangan cerita lah. Kakak ngan abang aku kacau memang aku menjerit macam siren ambulan. Lepas tu kena marah ngan umi. Padan muka aku.

Waktu berbuka puasa adalah saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam termasuk budak noob ini. kalau boleh, pergi ke bazar ramadhan, semua jenis lauk dan kuih aku nak beli. Tapi hajat tak kesampaian kerana umi hanya bagi wang yang cukup2 untuk beli kuih. Itu pon jarang, sebab dulu keluarga aku x berapa senang. Cukup sekadar apa yang ada. Hanya walid yang bekerja. Oleh sebab itu, aku dan adik beradik yang lain selalu buat request lauk dari umi. Hari ni nak makan itu, esok nak makan ini. Umi pon melayan sahaja kehendak anak2 beliau yang 8 orang ni. Tapi, masa aku kecik, hanya aku, along dan abengah saja yang berpuasa. 

Bila bilal hampir melaungkan azan, maka, semua sudah bersiap sedia di meja makan. Semua sudah memegang juadah masing2 dan membuka mulut. Kalau air pula, bibir gelas tu dah bertemu dengan mulut. Bila azan saja, ngap!! Kalau tak berjaya melakukan itu, dianggap failure.

Seronok bukan? Sekarang kalau buat macam tu, memang menempah penampar dari orang sebelah anda. Hehehe.

Tuesday 9 August 2011

Saya Ada Idea Nak Menulis, tapi Tak Reti Menulis

ASSALAMUALAIKUM

Lama betul x update blog ni. Rasa malas je sebab asyik baca blog orang lain je kan..terasa sungguh blog ni paling cikai..kihkih..

Masaalah nye ialah, aku ade idea nak tulis, tp x reti nk olah ayat nye..
jeles tengok org lain sangat pandai menulis...padan laa aku punye essay selalu tuuuutttt....hiiii..